Video Makro
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO (1)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO (1)
Tahun : 6
Bilangan Pelajar : 22 orang
Tarikh : 9 November 2011
Masa : 8.30 – 9.00 pagi (30 minit)
Tajuk : Pelik Tapi Benar (Mengemukakan soalan)
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
i) mengemukakan lima soalan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan
ii) mengembangkan idea berdasarkan dapatan dengan mengemukakan bukti
yang sahih
iii) memberikan penjelasan terhadap jawapan yang diberikan
iv) membaca vahan berunsusr ilmu dengan sebutan dan intonasi yang betul
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i) set induksi : lakonanii) aktiviti : membaca - penggunaan alat bantu - penggunaan papan hitam – pengukuhan (kuiz)
iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran
Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab
KBKK : menjana idea, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah biasa dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan kerana tinggal di kawasan pedalaman Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran | <><><><><><>> Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | <><><><><><>> Catatan | <><><><><><>>
Set Induksi 5 minit | <><><><><><>>- Guru memilih seorang murid untuk melakonkan aksi yang ditulis pada kad pembayang. - Murid melakonkan dua watak yang diberikan. - Murid lain menyaksikan dan meneka aksi lakonan rakan. - Murid diminta mencantumkan kedua-dua jawapan untuk menjadi satu perkataan bermakna. - Guru memperkenalkan tajuk pelajaran “Pelik Tapi Benar”. | <><><><><><>> Nilai : - Bekerjasama- Berani | <><><><><><> >
Langkah 1 8 minit | - Beberapa orang murid diminta membaca petikan yang disediakan bertajuk “Pelik Tapi Benar” secara bergilir-gilir dengan suara yang lantang dan sebutan yang betul. - Murid seterusnya diminta membaca petikan secara kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul. - Murid diminta menceritakan kefahaman tentang isi kandung petikan yang dibaca. | <><><><><><>> Nilai : - Bekerjasama | <><><><><><>>
Penutup 2 minit | - Guru membimbing murid merumuskan isi pelajaran dan nilai murni. | |
Refleksi
Kekuatan:
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini, saya mendapati kekuatan yang tampak jelas dikesan oleh saya ialah penglibatan aktif murid. Hampir semua murid bergiat aktif dan memberikan respons yang saya kehendaki untuk melancarkan proses P&P ini. Murid juga kelihatan sangat teruja dengan aktiviti yang dilaksanakan serta memberikan kerjasama yang sangat baik.
Kelemahan:
Walau bagaimanapun, kelemahan yang jelas ketara berlaku dalam P&P ini ialah mekanisme penyampaian P&P. P&P berlaku agak kurang menarik kerana tiada penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti komputer dan LCD. Selain itu, keadaan kelas agak bising kerana kawalan kelas yang mungkin kurang berkesan.
Cadangan:
Untuk P&P yang seterusnya, segala kekuatan yang ada akan diaplikasikan dan digunakan terus manakala kelemahan pula akan diperbaiki. Kemungkinan saya akan menggunakan peralatan teknologi ICT untuk menjadikan P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. Dalam keadaan P&P yang seronok dan penuh teruja, saya juga akan cuba mengawal keadaan kelas agar tidak mengganggu P&P di kelas bersebelahan.
RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MALAYSIA (Ke-2)
Tarikh: 8 September 2011
Masa: 60 minit Tahun: 6
Bilangan murid: 22orang
Tema/Tajuk: Guru
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
5.2
Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.
Fokus Sampingan: 10.1 Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk e-mel
yang mudah ,menarik dan bermakna.
Aras 3 : i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan
menarik.
menarik.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca dengan tepat.
3. Menghasilkan puisi dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
menarik.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa : sintaksis ± susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa dan songsang, sebutan dan intonasiKosa kata: keringat, bergema, cemerlang.
Pengisian Kurikulum: Ilmu - muzik
Nilai - kepatuhan, kerjasama, berdikari.
Teknik - perbincangan kumpulan, bacaan mekanis.Kemahiran Berfikir - menjana idea
Kecerdasan Pelbagai - interpersonal, intrapersonal, verbalinguistik,
muzik, kinestatik.
muzik, kinestatik.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Belajar Cara BelajarPembelajaran Konstruktivisme - bina pemahaman dan pengetahuan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
Bahan Bantu Mengajar:
Video klip lagu guru, teks sajak, lembaran kerja, lirik lagu, kertas sebak, pen marker, komputer riba, LCD, layar skrin.
Pengetahuan Sedia Ada Murid:
Murid pernah mendengar atau membaca teks prosa dan puisi menerusi media cetak atau elektronik.
Pelaksanaan P&P
Langkah / Isi Pelajaran | <><><><><><>>Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | <><><><><><>>Catatan | <><><><><><>>
Set Induksi 5 minit | <><><><><><>>- Murid mendengar dan membaca lirik lagu berjudul "Lilin Seorang Guru´ nyanyian kumpulan In-Team. - Murid melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti dan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama beserta gaya. - Murid bersoal jawab dengan guru tentang perkataan-perkataan yang tidak difahami daripada klip video yang dipertontonkan. - Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang disampaikan melalui lagu tersebut. | <><><><><><>>Nilai - Kerjasama - Patuh | <><><><><><>>
Langkah 1 20 minit | <><><><><><>>- Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. -Murid merujuk dan meneliti sajak "Terima Kasih Cikgu" yang diedarkan oleh guru.- Murid diminta membaca sajak tersebut secara senyap (individu). - Setiap kumpulan akan membacakan rangkap sajak yang berbeza mengikut turutan. - Wakil daripada setiap kumpulan diminta mendeklamasikan sajak di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. -Guru memberi bimbingan dan membetulkan kesilapan (jika ada). | <><><><><><>>- Kerjasama - Berani - Yakin | <><><><><><>>
Langkah 2 15 minit | <><><><><><>>- Dalam kumpulan yang sama, murid diminta berbincang untuk mengenal pasti maklumat penting yang terdapat dalam teks sajak tersebut.- Guru mengedarkan kertas sebak dan pen marker kepada setiap kumpulan. - Setiap kumpulan diminta menulis maklumat yang diperolehi pada kertas sebak tersebut. - Apabila tamat perbincangan, setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. | <><><><><><>>- Kerjasama - Patuh - Yakin - Berani | <><><><><><>>
Langkah 3 15 minit | <><><><><><>>- Guru menjelaskan secara ringkas mengenai susunan ayat (biasa dan songsang) yang telah dipelajari sebelum ini untuk diaplikasikan dalam penulisan sajak. - Struktur sajak turut diperjelas secara ringkas. - Murid diminta menghasilkan sajak - Secara rawak, beberapa orang murid dipilih untuk mendeklamasikan sajak yang telah dihasilkan.pendek berdasarkan tema guru menggunakan susunan ayat dan struktur sajak yang telah diterangkan | <><><><><><>>- Yakin - Berani | <><><><><><>>
Penutup 5 minit | <><><><><><>>- Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari ini. - Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk dilaksanakan di rumah. - Sebelum mengakhiri pembelajaran murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ´Lilin Seorang Guru´. | <><><><><><>>
Refleksi :
Kekuatan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya mendapati suasana kelas sangat ceria dan gembira. Murid kelihatan sangat teruja dan berminat dengan isi pelajaran yang disampaikan oleh saya kali ini. Keterujaan ini mungkin juga disebabkan oleh penggunaan peralatan ICT dalam pengajaran kali ini. Oleh itu, murid-murid menumpukan penuh perhatian mereka terhadap pelajaran.
Kelemahan :
Di sebalik kekuatan sesuatu pasti juga ada kelemahan. Begitu juga dengan proses pengajaran dan pembejaran saya kali ini. Kelamahan yang paling ketara dapat saya lihat ialah masalah pengendalian peralatan ICT yang telah mengambil masalah yang sedikit lama. Hal ini sudah tentu akan mengganggu tempoh masa untuk langkah pengajaran yang seterusnya. Di samping itu, masalah kawalan kelas juga turut berlaku. Oleh kerana sikap keterujaan yang lebih, murid telah mengeluarkan bunyi suara yang agak bising. Perkara ini pastilah mengganggu kosentrasi murid kelas lain.
Cadangan Cara Mengatasi :
Bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang terjadi semasa proses pengajaran dan pembelajaran tadi, saya akan cuba memastikan kaedah pengendalian peralatan ICT yang lebih baik agar tidak mengganggu masa perancangan yang telah ditetapkan sehingga memberi implikasi ke atas proses pengejaran dan pembelajaran secara keseluruhan. selain itu, saya juga akan memastikan keadaan murid dan kelas sentiasa di bawah kawalan agar tidak mengganggu kelas lain.
Kekuatan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya mendapati suasana kelas sangat ceria dan gembira. Murid kelihatan sangat teruja dan berminat dengan isi pelajaran yang disampaikan oleh saya kali ini. Keterujaan ini mungkin juga disebabkan oleh penggunaan peralatan ICT dalam pengajaran kali ini. Oleh itu, murid-murid menumpukan penuh perhatian mereka terhadap pelajaran.
Kelemahan :
Di sebalik kekuatan sesuatu pasti juga ada kelemahan. Begitu juga dengan proses pengajaran dan pembejaran saya kali ini. Kelamahan yang paling ketara dapat saya lihat ialah masalah pengendalian peralatan ICT yang telah mengambil masalah yang sedikit lama. Hal ini sudah tentu akan mengganggu tempoh masa untuk langkah pengajaran yang seterusnya. Di samping itu, masalah kawalan kelas juga turut berlaku. Oleh kerana sikap keterujaan yang lebih, murid telah mengeluarkan bunyi suara yang agak bising. Perkara ini pastilah mengganggu kosentrasi murid kelas lain.
Cadangan Cara Mengatasi :
Bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang terjadi semasa proses pengajaran dan pembelajaran tadi, saya akan cuba memastikan kaedah pengendalian peralatan ICT yang lebih baik agar tidak mengganggu masa perancangan yang telah ditetapkan sehingga memberi implikasi ke atas proses pengejaran dan pembelajaran secara keseluruhan. selain itu, saya juga akan memastikan keadaan murid dan kelas sentiasa di bawah kawalan agar tidak mengganggu kelas lain.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( Ke-3)
Mata pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 5
Bilangan Murid : 26 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.
iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yangsesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutandan intonansi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan
kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.
Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran | <><><><><><> > Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | <><><><><><> > Catatan | <><><><><><> >
Set Induksi 5 minit | <><><><><><> > - Murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. - Murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. - Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu | <><><><><><> > Nilai : - Bekerjasama | <><><><><><> >
Langkah 1 8 minit | <><><><><><> > - Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. - Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. - Guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. | <><><><><><> > Nilai : - Bekerjasama - | <><><><><><> >
Langkah 2 15 minit | <><><><><><> > - Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. - Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. - Murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. - Kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat ganjaran. - Guru menanyakan soalan yangberkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. | <><><><><><> > Nilai : - Kerjasama - Yakin diri | <><><><><><> >
Langkah 3 20 minit | <><><><><><> > - Guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut. - Guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia. - Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. | <><><><><><> > Nilai : - Bekerjasama - Bersemangat - Bertanggung jawab | <><><><><><> >
Penutup 5 minit | <><><><><><> > - Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. - Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. | <><><><><><> > Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -Bekerjasama | <><><><><><> >
Refleksi :
Kekuatan
Bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya mendapati suasana kelas sangat ceria. Murid sangat teruja dan suka dengan isi pelajaran yang disampaikan. Keterujaan ini mungkin juga disebabkan oleh penggunaan peralatan ICT dalam pengajaran kali ini. Oleh itu, murid-murid menumpukan penuh perhatian mereka terhadap pelajaran.
Kelemahan :
Kelemahan yang paling ketara dapat saya lihat ialah masalah pengendalian peralatan ICT yang telah mengambil masalah yang sedikit lama. Hal ini sudah tentu akan mengganggu tempoh masa untuk langkah pengajaran yang seterusnya. Di samping itu, masalah kawalan kelas juga turut berlaku. Oleh kerana sikap keterujaan yang lebih, murid telah mengeluarkan bunyi suara yang agak bising. Perkara ini pastilah mengganggu kosentrasi murid kelas lain.
Cadangan Cara Mengatasi :
Untuk mengatasi masalah ini saya akan cuba memastikan kaedah pengendalian peralatan ICT yang lebih baik agar tidak mengganggu masa perancangan yang telah ditetapkan sehingga memberi implikasi ke atas proses pengejaran dan pembelajaran secara keseluruhan. Selain itu, saya juga akan memastikan keadaan murid dan kelas sentiasa di bawah kawalan agar tidak mengganggu kelas kosentarasi murid di kelas bersebelahan.
5.
5.
No comments:
Post a Comment