Wednesday 30 November 2011

Nota : Tatabahasa (Kata Hubung)

KATA PENGHUBUNG

Mari mengenali Kata Hubung (definisi/takrif Tatabahasa Dewan)
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

Contoh Kata Hubung dan Penggunaanya

1. Apabila 
Ayat contoh:
a. Semua murid berdiri tegak apabila bendera Malaysia dinaikkan.
b. Apabila hujan reda,perlawanan itu pundisambung semula.

2. Atau 
Ayat contoh:
a. Kamu suka minum teh atau kopi?
b. Gadis itu kehilangan rantai atau cincin?


3. DanAyat contoh:
a. Ali dan Muthu bermain badminton di situ.
b. Saya membasuh muka dan menggosok gigi.

4. Jikalau/jika/kalau 
Ayat contoh:
a. Jikalau kamu belajar dengan bersungguh-sungguh tentu kamu akan berjaya.
b. Jikalau kamu gagal,cubalah lagi.

5. Kecuali/melainkan
Ayat contoh:
a. Seng Chong suka makan semua jenis buah-buahan tempatan kecuali langsat.
b. Semua orang hendak pergi kecuali Ahmad.

6. Lalu
Ayat contoh:
a. Dia mengambil galah lalu menjolok buah mangga itu.
b. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu memasang lampu.

7. Sebab/kerana
Ayat contoh:
a. Adik saya menangis sebab perutnya lapar.
b. Anjing itu mati sebab dilanggar lori.


8. SebelumAyat contoh:
a. Kerja kamu mestilah siap sebelum pukul 5.00 petang.
b. Sebelum menjawab,dia menjawad soalan-soalan dengan teliti.


9. Tetapi
Ayat contoh:
a. Pokok mangga itu sudah besar tetapi masih belum berbuah.
b. Dia ingin membeli sebuah rumah tetapi tidak mampu.

10. Sambil
Ayat contoh:
a. Abang mendengar muzik sambil menulis surat.
b. Sambil berbual-bual,mereka bergurau senda.

11. Supaya/agar Ayat contoh:
a. Bacalah dengan kuat supaya dapat didengar oleh semua murid.
b. Dia membubuh baja agar pokok itu cepat membesar.

12. Setelah/selepas
Ayat contoh:
a. Selepas membuat eksperimen,perbincangan pun diadakan.
b. Dia berasa letih selepas sib
uk bekerja sepanjang hari.

 13. Sungguhpun/walaupun
Ayat contoh:
a. Sungguhpun cuaca kurang baik,pertandingan itu tidak ditangguhkan.
b. Dia tidak berputus asa walaupun dia sudah gagal.


14. Sejak/semenjak
Ayat contoh:
a. Sejak bangunan yang baru didirikan,murid di sekolah itu bertambah ramai.
b. Semenjak diberi nasihat,sikapnya telah berubah.

15. Serta
Ayat contoh:
a. Mereka minum teh serta makan nasi lamak.
b. Orang itu tamak serta kedekut.

16. Hingga/sehingga
Ayat contoh:
a. Dia memalu ular itu hingga mati.
b. Kami akan menunggu di sini sehingga dia datang.

17. Sementara Ayat contoh:
a. Mereka berbual-bual di situ sementara menunggu hujan reda.
b. Kami menyajikan makanan di atas meja sementara menunggutetamu datang.

18. Manakala Ayat contoh:
a. Dia rajin manakala adiknya malas.
b. Gajah hidup di darat manakala ikan hidup di dalam air.

19. Tentang
Ayat contoh:
a. Mereka sedang berbincang tentang hal yang amat penting.
b. Beliau akan bercakap tentang kemajuan sekolah ini.

20. Yang
Ayat contoh:
a. Pemuda yang berjaja buah-buahan itu sangat rajin.
b. Dia mendapat hadiah yang istimewa.

21. Lagi
Ayat contoh:
a. Murid itu bijak lagi rajin.
b. Istana itu besar lagi cantik.


22. Selain
Ayat contoh:
a. Selain menternak ayam, Puan Wong jiga menanam sayur-sayuran.
b. Selain menjemput saudara mara, dia juga menjemput semua kawannya.

23. Maka
Ayat contoh:
a. Disebabkan kesombongannya ,maka dia dibenci orang.
b. Dengan keberanian pemuda itu maka budak yang hampir mati lemas itu diselamatkan.

24. Malah/malahan Ayat contoh:
a. Selepas makan ubat,pesakit itu tidak sembuh,malah keadaannya bertambah tenat.
b. Dia bukan sahaja bijak,malahan rajin pula.


25. Sedangkan Ayat contoh:
a. Bagaimana pencuri memasuki rumah,sedangkan pintu rumahnya dikunci.
b. Wai Kong tidak mahu makan ubat,sedangkan dia belum sembuh lagi.

26. Bahawa
Ayat contoh:
a. Budak itu menyatakan bahawa krluarganya miskin.
b. Kami mengetahui bahawa dia berbohong.


27. Bahkan
Ayat contoh:
a. Bukan kami sahaja ,bahkan murid yang terbijak pun tidak dapat menjawab soalan itu.
b. Datuk saya bukan sahaja tidak tahu menulis,bahkan tidak tahu membaca.

28. Selagi
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak itu dibenarkan masuk sekolah rendah,selagi umurnya belum cukup enam tahun.
b. Talian telefon di rumahnya tidak akan disambung semula selagi bil telefonnya belum dibayar.

29. Asalkan
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak boleh masuk ke kawasan itu asalkan diringi oleh orang dewasa.
b. Kamu boleh meminjan buku itu asalkan tidak mengotorkannya.


30. Padahal/walhal
Ayat contoh:
a. Mengapa dia hendak membeli pakaian yang mahal-mahal walhal dia bukan orang kaya.
b. Kami ingat dia lembap walhal dia murid yang amat bijak.

Semoga nota ini dapat membantu anda.... :)

1 comment:

  1. Terima kasih cikgu nota yang baik.
    Lebih baik lagi sekiranya dijelaskan dan diberi contoh kata hubung berpasangan.

    ReplyDelete