Wednesday, 30 November 2011

Nota : Tatabahasa (Kata Kerja)

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Contoh :
1. Radio itu didengari Atan.
2. Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.
3. Sayur itu dijual oleh seorang perempuan.
4. Ikan itu dijala oleh Pak Abu.
5. Surat itu sedang ditulis oleh bapa


Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Contoh :
1. Kami mandi di tasik.
2. Dia senyum semasa berjalan
3. Air sungai beransur surut.

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

Contoh:
1. Rumahnya roboh.
2. Radio itu berbunyi.

Nota : Tatabahasa (Kata Hubung)

KATA PENGHUBUNG

Mari mengenali Kata Hubung (definisi/takrif Tatabahasa Dewan)
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

Contoh Kata Hubung dan Penggunaanya

1. Apabila 
Ayat contoh:
a. Semua murid berdiri tegak apabila bendera Malaysia dinaikkan.
b. Apabila hujan reda,perlawanan itu pundisambung semula.

2. Atau 
Ayat contoh:
a. Kamu suka minum teh atau kopi?
b. Gadis itu kehilangan rantai atau cincin?


3. DanAyat contoh:
a. Ali dan Muthu bermain badminton di situ.
b. Saya membasuh muka dan menggosok gigi.

4. Jikalau/jika/kalau 
Ayat contoh:
a. Jikalau kamu belajar dengan bersungguh-sungguh tentu kamu akan berjaya.
b. Jikalau kamu gagal,cubalah lagi.

5. Kecuali/melainkan
Ayat contoh:
a. Seng Chong suka makan semua jenis buah-buahan tempatan kecuali langsat.
b. Semua orang hendak pergi kecuali Ahmad.

6. Lalu
Ayat contoh:
a. Dia mengambil galah lalu menjolok buah mangga itu.
b. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu memasang lampu.

7. Sebab/kerana
Ayat contoh:
a. Adik saya menangis sebab perutnya lapar.
b. Anjing itu mati sebab dilanggar lori.


8. SebelumAyat contoh:
a. Kerja kamu mestilah siap sebelum pukul 5.00 petang.
b. Sebelum menjawab,dia menjawad soalan-soalan dengan teliti.


9. Tetapi
Ayat contoh:
a. Pokok mangga itu sudah besar tetapi masih belum berbuah.
b. Dia ingin membeli sebuah rumah tetapi tidak mampu.

10. Sambil
Ayat contoh:
a. Abang mendengar muzik sambil menulis surat.
b. Sambil berbual-bual,mereka bergurau senda.

11. Supaya/agar Ayat contoh:
a. Bacalah dengan kuat supaya dapat didengar oleh semua murid.
b. Dia membubuh baja agar pokok itu cepat membesar.

12. Setelah/selepas
Ayat contoh:
a. Selepas membuat eksperimen,perbincangan pun diadakan.
b. Dia berasa letih selepas sib
uk bekerja sepanjang hari.

 13. Sungguhpun/walaupun
Ayat contoh:
a. Sungguhpun cuaca kurang baik,pertandingan itu tidak ditangguhkan.
b. Dia tidak berputus asa walaupun dia sudah gagal.


14. Sejak/semenjak
Ayat contoh:
a. Sejak bangunan yang baru didirikan,murid di sekolah itu bertambah ramai.
b. Semenjak diberi nasihat,sikapnya telah berubah.

15. Serta
Ayat contoh:
a. Mereka minum teh serta makan nasi lamak.
b. Orang itu tamak serta kedekut.

16. Hingga/sehingga
Ayat contoh:
a. Dia memalu ular itu hingga mati.
b. Kami akan menunggu di sini sehingga dia datang.

17. Sementara Ayat contoh:
a. Mereka berbual-bual di situ sementara menunggu hujan reda.
b. Kami menyajikan makanan di atas meja sementara menunggutetamu datang.

18. Manakala Ayat contoh:
a. Dia rajin manakala adiknya malas.
b. Gajah hidup di darat manakala ikan hidup di dalam air.

19. Tentang
Ayat contoh:
a. Mereka sedang berbincang tentang hal yang amat penting.
b. Beliau akan bercakap tentang kemajuan sekolah ini.

20. Yang
Ayat contoh:
a. Pemuda yang berjaja buah-buahan itu sangat rajin.
b. Dia mendapat hadiah yang istimewa.

21. Lagi
Ayat contoh:
a. Murid itu bijak lagi rajin.
b. Istana itu besar lagi cantik.


22. Selain
Ayat contoh:
a. Selain menternak ayam, Puan Wong jiga menanam sayur-sayuran.
b. Selain menjemput saudara mara, dia juga menjemput semua kawannya.

23. Maka
Ayat contoh:
a. Disebabkan kesombongannya ,maka dia dibenci orang.
b. Dengan keberanian pemuda itu maka budak yang hampir mati lemas itu diselamatkan.

24. Malah/malahan Ayat contoh:
a. Selepas makan ubat,pesakit itu tidak sembuh,malah keadaannya bertambah tenat.
b. Dia bukan sahaja bijak,malahan rajin pula.


25. Sedangkan Ayat contoh:
a. Bagaimana pencuri memasuki rumah,sedangkan pintu rumahnya dikunci.
b. Wai Kong tidak mahu makan ubat,sedangkan dia belum sembuh lagi.

26. Bahawa
Ayat contoh:
a. Budak itu menyatakan bahawa krluarganya miskin.
b. Kami mengetahui bahawa dia berbohong.


27. Bahkan
Ayat contoh:
a. Bukan kami sahaja ,bahkan murid yang terbijak pun tidak dapat menjawab soalan itu.
b. Datuk saya bukan sahaja tidak tahu menulis,bahkan tidak tahu membaca.

28. Selagi
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak itu dibenarkan masuk sekolah rendah,selagi umurnya belum cukup enam tahun.
b. Talian telefon di rumahnya tidak akan disambung semula selagi bil telefonnya belum dibayar.

29. Asalkan
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak boleh masuk ke kawasan itu asalkan diringi oleh orang dewasa.
b. Kamu boleh meminjan buku itu asalkan tidak mengotorkannya.


30. Padahal/walhal
Ayat contoh:
a. Mengapa dia hendak membeli pakaian yang mahal-mahal walhal dia bukan orang kaya.
b. Kami ingat dia lembap walhal dia murid yang amat bijak.

Semoga nota ini dapat membantu anda.... :)

Video Animasi Pengajaran dan Nilai Murni

Salam 1Malaysia semua, terima kasih kerana melawat blog ini. Anda boleh menggunakan animasi ini untuk sesi pengajaran nilai murni amalan baik dan pengajaran. Walaupun video animasi ini merupakan animasi zaman 90an namun ia masih releven untuk murid-murid era ini.



Hikayat Sang Kancil dan Monyet


Kisah Anjing dan Bayang-bayang


Kisah Gagak Yang Bijak


Selamat mengguna dan semoga berjaya.
Lagu Kebangsaan
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta 
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Bunga Kebangsaan                   Merah warnamu memukau mata  Merah membara semangat waja Indahnya dikau tidak terkira    Bunga pujaan si Bunga Raya   Bunga menjadi lambang negara Lima kelopak dari kuntumnya  Punya maksud bukan sahaja      Itulah tanda Rukun negara


Rancangan Mengajar Harian Pengajaran Makro

Video Makro

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO (1)
Mata Pelajaran          : Bahasa Melayu
Tahun                          : 6
Bilangan Pelajar         : 22 orang
Tarikh                         : 9 November 2011
Masa                           : 8.30 – 9.00 pagi (30 minit)
Tajuk                          : Pelik Tapi Benar  (Mengemukakan soalan)
Hasil Pembelajaran    : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
 i)   mengemukakan lima soalan yang berkaitan dengan topik yang   
      dibincangkan
ii)  mengembangkan idea berdasarkan dapatan dengan mengemukakan bukti 
      yang sahih
iii) memberikan penjelasan terhadap jawapan yang diberikan
iv) membaca vahan berunsusr ilmu dengan sebutan dan intonasi yang betul

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
 i)   set induksi : lakonan
ii)   aktiviti   : membaca - penggunaan alat bantu - penggunaan papan hitam –      pengukuhan (kuiz)
iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian,   menghormati, bertanggungjawab
KBKK : menjana idea, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah biasa dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan kerana tinggal di kawasan pedalaman        

Pelaksanaan P&P :
<><><><><><> <><><><><><> <><><><><><><><><><><><><><><><><><> <><><><><><> <><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><><><><><><><> <><><><><><> <><><><><><>
Langkah / Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

5 minit
- Guru memilih seorang murid untuk melakonkan aksi yang ditulis pada kad pembayang.
- Murid melakonkan dua watak yang diberikan.
- Murid lain menyaksikan dan meneka aksi lakonan rakan.
- Murid diminta mencantumkan kedua-dua jawapan untuk menjadi satu perkataan bermakna.
Guru memperkenalkan tajuk pelajaran “Pelik Tapi Benar”.

Nilai :
-  Bekerjasama
-  Berani
Langkah 1

8 minit

- Beberapa orang murid diminta membaca petikan yang disediakan bertajuk “Pelik Tapi Benar” secara bergilir-gilir dengan suara yang lantang dan sebutan yang betul.
- Murid seterusnya diminta membaca petikan secara kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Murid diminta menceritakan kefahaman tentang isi kandung petikan yang dibaca.

Nilai :
-   Bekerjasama
  
  
Penutup

2 minit

- Guru membimbing murid merumuskan isi pelajaran dan nilai murni.




Refleksi
Kekuatan:
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini, saya mendapati kekuatan yang tampak jelas dikesan oleh saya ialah penglibatan aktif murid. Hampir semua murid bergiat aktif dan memberikan respons yang saya kehendaki untuk melancarkan proses P&P ini. Murid juga kelihatan sangat teruja dengan aktiviti yang dilaksanakan serta memberikan kerjasama yang sangat baik.
Kelemahan:
Walau bagaimanapun, kelemahan yang jelas ketara berlaku dalam P&P ini ialah mekanisme penyampaian P&P. P&P berlaku agak kurang menarik kerana tiada penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti komputer dan LCD. Selain itu, keadaan kelas agak bising kerana kawalan kelas yang mungkin kurang berkesan.
Cadangan:
Untuk P&P yang seterusnya, segala kekuatan yang ada akan diaplikasikan dan digunakan terus manakala kelemahan pula akan diperbaiki. Kemungkinan saya akan menggunakan peralatan teknologi ICT untuk menjadikan P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. Dalam keadaan P&P yang seronok dan penuh teruja, saya juga akan cuba mengawal keadaan kelas agar tidak mengganggu P&P di kelas bersebelahan.

    
RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MALAYSIA (Ke-2)

Tarikh: 8 September 2011
 Masa: 60 minit
 Tahun: 6
 Bilangan murid: 22orang
 Tema/Tajuk: Guru
 Hasil Pembelajaran:
 Fokus Utama:
 5.2
Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
 Aras 2 : i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
            ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.
 Fokus Sampingan:
 10.1 Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk e-mel
            yang mudah ,menarik dan bermakna.
 Aras 3 : i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan
               kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan 
               menarik.
 Objektif:
 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca dengan tepat.
3. Menghasilkan puisi dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
    menarik.

Sistem Bahasa:
Tatabahasa : sintaksis ± susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa dan
                      songsang, sebutan dan intonasiKosa kata: keringat, bergema, cemerlang.
Pengisian Kurikulum:
Ilmu - muzik
Nilai - kepatuhan, kerjasama, berdikari.
Teknik - perbincangan kumpulan, bacaan mekanis.Kemahiran Berfikir - menjana idea
Kecerdasan Pelbagai - interpersonal, intrapersonal, verbalinguistik,
                    muzik, kinestatik.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pembelajaran Konstruktivisme - bina pemahaman dan pengetahuan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
Bahan Bantu Mengajar:
Video klip lagu guru, teks sajak, lembaran kerja, lirik lagu, kertas  sebak, pen marker, komputer riba, LCD, layar skrin.
Pengetahuan Sedia Ada Murid:
Murid pernah mendengar atau membaca teks prosa dan puisi menerusi media cetak atau elektronik.
Pelaksanaan P&P
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><> <><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><> <><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><> <><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><> <><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><> <><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><> <><><><><><>
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
5 minit

- Murid mendengar dan membaca lirik
lagu berjudul "Lilin Seorang Guru´
nyanyian kumpulan In-Team.

- Murid melihat video yang
ditunjukkan oleh guru dengan teliti
dan menyanyikan lagu tersebut
bersama-sama beserta gaya.

- Murid bersoal jawab dengan guru
tentang perkataan-perkataan yang
tidak difahami daripada klip video
yang dipertontonkan.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang disampaikan melalui lagu tersebut.
Nilai
-  Kerjasama
-  Patuh


Langkah 1
20 minit
- Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
-Murid merujuk dan meneliti sajak
"Terima Kasih Cikgu" yang diedarkan
oleh guru.- Murid diminta membaca sajak

tersebut secara senyap (individu).
- Setiap kumpulan akan membacakan
rangkap sajak yang berbeza mengikut turutan.

- Wakil daripada setiap kumpulan
diminta mendeklamasikan sajak di
hadapan kelas dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

-Guru memberi bimbingan dan 



membetulkan kesilapan (jika ada).
- Kerjasama
- Berani
- Yakin


Langkah 2
15 minit
- Dalam kumpulan yang sama, murid
diminta berbincang untuk mengenal
pasti maklumat penting yang
terdapat dalam teks sajak tersebut.- Guru mengedarkan kertas sebak dan pen marker kepada setiap kumpulan.

- Setiap kumpulan diminta menulis
maklumat yang diperolehi pada kertas sebak tersebut.
- Apabila tamat perbincangan, setiap
kumpulan membentangkan hasil
kerja mereka di hadapan kelas.
- Kerjasama
- Patuh
- Yakin
- Berani


Langkah 3
15 minit
- Guru menjelaskan secara ringkas mengenai susunan ayat (biasa dan
songsang) yang telah dipelajari
sebelum ini untuk diaplikasikan
dalam penulisan sajak.

- Struktur sajak turut diperjelas secara ringkas.
- Murid diminta menghasilkan sajak
pendek berdasarkan tema guru
menggunakan susunan ayat dan
struktur sajak yang telah diterangkan
- Secara rawak, beberapa orang murid dipilih untuk mendeklamasikan sajak yang telah dihasilkan.
- Yakin
- Berani


Penutup
5 minit
- Guru membimbing murid untuk
membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.
- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk dilaksanakan di rumah.
- Sebelum mengakhiri pembelajaran
murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ´Lilin Seorang
Guru´.

Refleksi :
Kekuatan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya mendapati suasana kelas sangat ceria dan gembira. Murid kelihatan sangat teruja dan berminat dengan isi pelajaran yang disampaikan oleh saya kali ini. Keterujaan ini mungkin juga disebabkan oleh penggunaan peralatan ICT dalam pengajaran kali ini. Oleh itu, murid-murid menumpukan penuh perhatian mereka terhadap pelajaran.

Kelemahan :
Di sebalik kekuatan sesuatu pasti juga ada kelemahan. Begitu juga dengan proses pengajaran dan pembejaran saya kali ini. Kelamahan yang paling ketara dapat saya lihat ialah masalah pengendalian peralatan ICT yang telah mengambil masalah yang sedikit lama. Hal ini sudah tentu akan mengganggu tempoh masa untuk langkah pengajaran yang seterusnya. Di samping itu, masalah kawalan kelas juga turut berlaku. Oleh kerana sikap keterujaan yang lebih, murid telah mengeluarkan bunyi suara yang agak bising. Perkara ini pastilah mengganggu kosentrasi murid kelas lain.

Cadangan Cara Mengatasi :
Bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang terjadi semasa proses pengajaran dan pembelajaran tadi, saya akan cuba memastikan kaedah pengendalian peralatan ICT yang lebih baik agar tidak mengganggu masa perancangan yang telah ditetapkan sehingga memberi implikasi ke atas proses pengejaran dan pembelajaran secara keseluruhan. selain itu, saya juga akan memastikan keadaan murid dan kelas sentiasa di bawah kawalan agar tidak mengganggu kelas lain.







RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( Ke-3)
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5
Bilangan Murid : 26 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.
iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Hasil Pembelajaran:

1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang
sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.



Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan
dan intonansi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan
kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.

Pelaksanaan P&P :

<><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><> <><><><><><>

Langkah / Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan



Set Induksi

5 minit
 


- Murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.
- Murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan
menceritakan pengalaman mereka.
- Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu



Nilai :
  -          Bekerjasama   -          Berani



Langkah 1

8 minit


 - Murid dikehendaki untuk menekan butang klik pada salah satu pautan yang disediakan.


- Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul.
- Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.
- Guru menanyakan soalan
kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.




Nilai :

-        Bekerjasama

-        Patuh



Langkah 2

 15 minit
   
- Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

- Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.

- Murid dikehendaki membentangkan

perbezaan antara perayaan yang

terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.

- Kumpulan yang berjaya

menyiapkan dahulu akan

membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat ganjaran.
- Guru menanyakan soalan yang
berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.



Nilai :

-          Kerjasama

-          Yakin diri



Langkah 3

20 minit




- Guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada
hari tersebut.
- Guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia.
- Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.



Nilai :

-       Bekerjasama

-       Bersemangat

-       Bertanggung jawab



Penutup

5 minit





- Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.
- Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.



 


Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-Bekerjasama

Refleksi :
Kekuatan
Bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya mendapati suasana kelas sangat ceria. Murid sangat teruja dan suka dengan isi pelajaran yang disampaikan. Keterujaan ini mungkin juga disebabkan oleh penggunaan peralatan ICT dalam pengajaran kali ini. Oleh itu, murid-murid menumpukan penuh perhatian mereka terhadap pelajaran.

Kelemahan :
Kelemahan yang paling ketara dapat saya lihat ialah masalah pengendalian peralatan ICT yang telah mengambil masalah yang sedikit lama. Hal ini sudah tentu akan mengganggu tempoh masa untuk langkah pengajaran yang seterusnya. Di samping itu, masalah kawalan kelas juga turut berlaku. Oleh kerana sikap keterujaan yang lebih, murid telah mengeluarkan bunyi suara yang agak bising. Perkara ini pastilah mengganggu kosentrasi murid kelas lain.

Cadangan Cara Mengatasi :
Untuk mengatasi masalah ini saya akan cuba memastikan kaedah pengendalian peralatan ICT yang lebih baik agar tidak mengganggu masa perancangan yang telah ditetapkan sehingga memberi implikasi ke atas proses pengejaran dan pembelajaran secara keseluruhan. Selain itu, saya juga akan memastikan keadaan murid dan kelas sentiasa di bawah kawalan agar tidak mengganggu kelas kosentarasi murid di kelas bersebelahan.


5.

5.